Monday, 27 July 2020

 

Webinar Penilaian Interaktif dalam Talian

20 -22 Julai 2020


Jawatankuasa PdP , Politeknik Ibrahim Sultan telah menganjurkan  Webinar Penilaian Interaktif dalam Talian. Bengkel ini  dilaksanakan selama tiga hari  dengan menggunakan medium Webex. Setiap sesi webinar berlangsung selama 2 jam sehari. Setiap sesi di laksanakan secara teori dan praktikal dengan menggunakan online tools seperti Flipgrid, Menti metre, Wikelet, Breakout rooms Teams, Padlet dan sebagainya.


Tarikh

Tajuk

20.07.2020

Webinar 1

Aplikasi Digital untuk Kuiz dan  Listening Test

21.07.2020

Webinar 2

Aplikasi Digital untuk Pembentangan, Role Play dan Sesi Temudaga

22.07.2020

Webinar 3

Aplikasi Digital untuk Penulisan , Tugasan dan e-Portfolio




Tuesday, 16 June 2020

 

Kursus LMS & Big Blue Button 

10 Jun 2020


Pandemik COVID-19 telah banyak mengubah lanskap kehidupan manusia pada hari ini. Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan panduan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) semasa PKP bermula 1 April 2020 yang merangkumi pembelajaran secara atas talian menggunakan platform bersesuaian supaya pelajar tidak ketinggalan dalam pendidikan. 

Pendidik perlu melengkapkari diri dengan kemahiran dan pengetahuan asas mengenaai penggunaaan platform yagng berseuaian untuk memastikan pesyarah dan pelajar dapat Bersama dalam sesi PDPDT secara optimum. 


Thursday, 27 February 2020

 Kursus Augmented Reality
 17 – 18 Februari 2020, CAD4, JMSK


Jawatankuasa e learning Politeknik Ibrahim Sultan bersama Creative Desigb Center (CDeC) telah menganjurkan kursus Augmented Reality Workshop. Augmented Reality Workshop dilaksanankan bagi tujuan mendedahkan orang ramai kepada pembangunan Augmented Reality (AR). Ianya selaras Revolousi Perindustian 4.0 atau IR4.0 yang merelisasikan internet of things (iOT) dalam aspek kehidupan seharian. Program ini dilaksanakan bagi tempoh dua hari yang mendedahkan peserta kepada aplikasi  Unity.

Augmented Reality (Realiti Tertambah atau Realiti Yang Ditambah) adalah sejenis kesan visual yang dihasilkan oleh komputer di mana objek visual janaan komputer akan di tambah pada pemandangan dunia sebenar yang kelihatan di skrin paparan. Hasilnya pengguna yang memandang dunia sebenar melalui skrin komputer akan mendapati seolah-olah wujud berbagai objek lain lagi selain dari realiti sedia ada. Penggunaan AR dalam pendidikan akan mencabar proses pembelajaran konvensional. AR mempunyai potensi untuk mengubah lokasi dan masa belajar, untuk memperkenalkan kaedah dan pendekatan yang baru. Keupayaan teknologi AR ini dapat membuat pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan maklumat yang lebih jelas.

 Pendidik tahu bahawa proses pembelajaran haruslah mengenai kreativiti dan interaksi. Walaupun pendidik  tidak semestinya perlu merekrut semua pelajar dalam menjikuti PnP, tetapi matlamat mereka adalah untuk membuat mereka tertarik dengan subjek. Di sinilah AR memainkan peranan yang  berguna. 










Sunday, 23 June 2019

 AUGMENTED REALITY WORKSHOP


Augmented Reality Workshop dilaksanankan bagi tujuan mendedahkan orang ramai kepada pembangunan Augmented Reality (AR). lanya selaras Revolousi Perindustian 4.0 atau IR4.0 yang merelisasikan internet of things (iOT) dalam aspek kehidupan seharian. Program ini dilaksanakan bagi tempoh empat hari yang mendedahkan peserta kepada aplikasi Blender dan Unity. 

20 - 21 Mei 2019 
Makmal e Learning CDeC 

Introduction to Augmented Reality 
Fundamentals of 3D Modelling 
Modelling with Blender










Tuesday, 4 June 2019

Kursus Pembangunan App

 

Kursus Pembangunan App

Jawatankuasa e learning Politeknik Ibrahim Sultan {PIS) PIS telah menganjurkan kursus Pembangunan APP kepada pensyarah untuk mendedahkan pensyarah kepada alternative pengajaran dan pembelajaran yang bo[eh dilaksanakan dengan teknologi seperti app. Perkembangan pesat teknologi pada masa kini telah member, perubahan terhadap sistem pengajaran terutama dalam memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Kemajuan dalam aplikasi tekno!ogi seperti google apps telah banyak memberi impak positif dalam bldang pengajaran yang dijadikan medium dalam menyampaikan maklumat. Pembelajaran mobile atau pembelajaran mudah alih seperti penggunaan google apps dan e-learning telah diperkenalkan untuk membantu dan meningkatkan tahap P&P. Pembelajaran mobile merupakan suatu konsep baru yang dilaksanakan da!am proses pembelajaran 


Kursus Pembangunan App
17 - 18 April 2019 , E Learning Lab, CDeC