Thursday, 26 May 2022
BENGKEL PEMBANGUNAN APLIKASI AR- UNITY (AUGMENTED REALITY) DAN
Wednesday, 18 May 2022
BENGKEL GAMIIKASI DALAM PdP – APLIKASI
METAVERSE
11 MEI 2022
Gamification
adalah satu pendekatan pendidikan untuk memberi
motivasi kepada pelajar untuk belajar dengan menggunakan unsur permainan
dalam pembelajaran. Matlamatnya adalah untuk memaksimumkan keseronokan dan
penglibatan dengan menarik minat pelajar dan memberi inspirasi kepada mereka
untuk terus belajar.
E
pembelajaran, berdasarkan ICT moden, mewujudkan prasarana yang baik bagi
pelaksanaan gamification dalam pengajaran dan pembelajaran. Konsep gamifikasi
boleh diterapakan di dalam kelas bersama para pelajar menggunakan aplikasi atas
talian. Terdapat pelbagai aplikasi di laman sesawang mengikut citarasa,
keperluan serta tahap dan hampir kesemuanya boleh digunakan secara percuma dan
pensyarah hanya perlu mendaftar sahaja
Melalui kursus ini, peserta akan didedahkan dengan intensiti kemairan asas. Antara komponen yang dilatih adalah:
- Mengenali platform untuk membangunkan gamifikasi
- Menggunakan platform gamifikasi
- Membangunkan aplikasi gamifikasi
Wednesday, 2 September 2020
KURSUS
VIRTUAL REALITY DEVELOPMENT USING MAYA & UNITY SIRI 1
12 – 16 Julai 2020, E Learning Lab, CDeC
KURSUS
VIRTUAL REALITY DEVELOPMENT USING MAYA & UNITY SIRI 2
23 – 27 Ogos 2020, E Learning Lab, CDeC
Jawatankuasa
e learning Politeknik Ibrahim Sultan bersama Creative Design Center (CDeC) telah
menganjurkan kursus
Virtual Reality Development Using Maya & Unity Siri 2. Kursus dilaksanankan bagi tujuan mendedahkan peserta kepada
pembangunan Virtual Reality (VR) yangboleh digunakan dalam PdP. Kursus siri kedua
dilaksanakan selama lima hari dan kandungan kursus berkaitan dengan aplikasi Unity.
Aplikasi Unity adalah platform atau enjin untuk menghasilkan VR yang akan memberi
kesan suasana pengalaman maya kepada pengguna.
Teknologi Realiti Maya atau Virtual Reality (VR) adalah persekitaran yang dihasilkan oleh komputer. Kebanyakan persekitaran realiti maya menumpu kepada pengalaman visual, dipaparkan sama ada pada skrin komputer atau melalui paparan stereoskop khas. ; tetapi sebahagian simulasi memasukkan maklumat deria tambahan, seperti bunyi melalui pembesar suara atau fon kepala. Sesetengah sistem termaju dan sistem ujian memasukkan maklumat sentuh, yang dipanggil suap balas terhad. Ramai orang melihat teknologi VR sebagai satu model untuk dunia sebenar.
Teknologi VR dapat digunakan untuk menunjang pendidikan serta meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar. Sebagai, penerapan teknologi VR dapat digunakan dalam proses pembelajaran. Dengan mengaplikasikan teknologi VR dalam mata pelajaran, pelajar-pelajar dapat membuat eksperimen berdasarkan objek yang berbagai bentuk yang ada di persekitaran kawasan dalam realiti maya. Selain itu, teknologi VR dapat digunakan untuk pembelajaran lain yang kompleks dan sulit untuk dilakukan secara nyata.
Monday, 27 July 2020
Webinar Penilaian Interaktif dalam Talian
20 -22 Julai 2020
Jawatankuasa
PdP , Politeknik Ibrahim Sultan telah menganjurkan Webinar
Penilaian Interaktif dalam Talian. Bengkel ini dilaksanakan selama tiga hari dengan menggunakan medium Webex. Setiap
sesi webinar berlangsung selama 2 jam sehari. Setiap sesi di laksanakan
secara teori dan praktikal dengan menggunakan online tools seperti Flipgrid, Menti metre, Wikelet, Breakout
rooms Teams, Padlet dan sebagainya. |
Tarikh |
Tajuk |
20.07.2020 |
Webinar 1 Aplikasi
Digital untuk Kuiz dan Listening Test |
21.07.2020 |
Webinar
2 Aplikasi Digital untuk Pembentangan,
Role Play dan Sesi Temudaga |
22.07.2020 |
Webinar
3 Aplikasi Digital untuk Penulisan ,
Tugasan dan e-Portfolio |
Tuesday, 16 June 2020
Kursus LMS & Big Blue Button
10 Jun 2020
Pandemik COVID-19 telah banyak mengubah lanskap kehidupan manusia pada hari ini. Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan panduan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) semasa PKP bermula 1 April 2020 yang merangkumi pembelajaran secara atas talian menggunakan platform bersesuaian supaya pelajar tidak ketinggalan dalam pendidikan.
Pendidik perlu melengkapkari diri dengan kemahiran dan pengetahuan asas mengenaai penggunaaan platform yagng berseuaian untuk memastikan pesyarah dan pelajar dapat Bersama dalam sesi PDPDT secara optimum.