Thursday 27 February 2020

 Kursus Augmented Reality
 17 – 18 Februari 2020, CAD4, JMSK


Jawatankuasa e learning Politeknik Ibrahim Sultan bersama Creative Desigb Center (CDeC) telah menganjurkan kursus Augmented Reality Workshop. Augmented Reality Workshop dilaksanankan bagi tujuan mendedahkan orang ramai kepada pembangunan Augmented Reality (AR). Ianya selaras Revolousi Perindustian 4.0 atau IR4.0 yang merelisasikan internet of things (iOT) dalam aspek kehidupan seharian. Program ini dilaksanakan bagi tempoh dua hari yang mendedahkan peserta kepada aplikasi  Unity.

Augmented Reality (Realiti Tertambah atau Realiti Yang Ditambah) adalah sejenis kesan visual yang dihasilkan oleh komputer di mana objek visual janaan komputer akan di tambah pada pemandangan dunia sebenar yang kelihatan di skrin paparan. Hasilnya pengguna yang memandang dunia sebenar melalui skrin komputer akan mendapati seolah-olah wujud berbagai objek lain lagi selain dari realiti sedia ada. Penggunaan AR dalam pendidikan akan mencabar proses pembelajaran konvensional. AR mempunyai potensi untuk mengubah lokasi dan masa belajar, untuk memperkenalkan kaedah dan pendekatan yang baru. Keupayaan teknologi AR ini dapat membuat pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan maklumat yang lebih jelas.

 Pendidik tahu bahawa proses pembelajaran haruslah mengenai kreativiti dan interaksi. Walaupun pendidik  tidak semestinya perlu merekrut semua pelajar dalam menjikuti PnP, tetapi matlamat mereka adalah untuk membuat mereka tertarik dengan subjek. Di sinilah AR memainkan peranan yang  berguna.