Wednesday 2 September 2020

 

KURSUS VIRTUAL REALITY DEVELOPMENT USING MAYA & UNITY SIRI 1
12 – 16 Julai 2020, E Learning Lab, CDeC

KURSUS VIRTUAL REALITY DEVELOPMENT USING MAYA & UNITY SIRI 2
23 – 27 Ogos 2020, E Learning Lab, CDeC

Jawatankuasa e learning Politeknik Ibrahim Sultan bersama Creative Design Center (CDeC) telah menganjurkan kursus Virtual Reality Development Using Maya & Unity Siri 2. Kursus  dilaksanankan bagi tujuan mendedahkan peserta kepada pembangunan Virtual Reality (VR) yangboleh digunakan dalam PdP. Kursus siri kedua dilaksanakan selama lima hari dan kandungan kursus berkaitan dengan aplikasi Unity. Aplikasi Unity adalah platform atau enjin untuk menghasilkan VR yang akan memberi kesan suasana pengalaman maya kepada pengguna.

Teknologi Realiti Maya atau Virtual Reality (VR) adalah persekitaran yang dihasilkan oleh komputer. Kebanyakan persekitaran realiti maya menumpu kepada pengalaman visual, dipaparkan sama ada pada skrin komputer atau melalui paparan stereoskop khas. ; tetapi sebahagian simulasi memasukkan maklumat deria tambahan, seperti bunyi melalui pembesar suara atau fon kepala. Sesetengah sistem termaju dan sistem ujian memasukkan maklumat sentuh, yang dipanggil suap balas terhad. Ramai orang melihat teknologi VR sebagai satu model untuk dunia sebenar.

Teknologi VR dapat digunakan untuk menunjang pendidikan serta meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar. Sebagai, penerapan teknologi VR dapat digunakan dalam proses pembelajaran. Dengan mengaplikasikan teknologi VR dalam mata pelajaran, pelajar-pelajar dapat membuat eksperimen berdasarkan objek yang berbagai bentuk yang ada di persekitaran kawasan dalam realiti maya. Selain itu, teknologi VR dapat digunakan untuk pembelajaran lain yang kompleks dan sulit untuk dilakukan secara nyata.