Tuesday 21 June 2022

 Pembanguan E Book Politeknik Ibrahim Sultan


Setiap program Diploma dan Sarjana Muda di politeknik wajib menghasilkan SATU (1) e-book, manakala jabatan sokongan akademik (JPA dan JMSK) perlu menghasilkan SATU (1) e-book bagi pembangunan sumber bahan digital berpusat oleh BIPD, JPPKK.

Sebanyak 18 e-book akan dihasilkan pada tahun 2022. Bengkel untuk peserta telah diadakan sebanyak 2 siri iaitu siri pertama pada Mac 2022 dan bengkel siri 2 pada Mei 2022. Semua E Book dijangka akan disiapkan untuk penghantaran pada Oktober 2022.







 PEMBANGUNAN VIDEO PDP


Setiap program di PIS perlu menghasilkan satu video PdP untuk kegunaan PdP.  Sebanyak 18 video akan di hasilkan bagi tahun 2022 dan kesemua video ini akan di muatnaik kedalam saluran Youtube Channel PIS untuk tontonan orang ramai. 

Produksi video pdp ini telah bermula pada awal bulan Mei dan pengambaran dilakukan pada akhir bulan Mei. Video PdP semua dijangka siap pada awal bulan Ogos 2022