Tuesday 21 June 2022

 Pembanguan E Book Politeknik Ibrahim Sultan


Setiap program Diploma dan Sarjana Muda di politeknik wajib menghasilkan SATU (1) e-book, manakala jabatan sokongan akademik (JPA dan JMSK) perlu menghasilkan SATU (1) e-book bagi pembangunan sumber bahan digital berpusat oleh BIPD, JPPKK.

Sebanyak 18 e-book akan dihasilkan pada tahun 2022. Bengkel untuk peserta telah diadakan sebanyak 2 siri iaitu siri pertama pada Mac 2022 dan bengkel siri 2 pada Mei 2022. Semua E Book dijangka akan disiapkan untuk penghantaran pada Oktober 2022.







 PEMBANGUNAN VIDEO PDP


Setiap program di PIS perlu menghasilkan satu video PdP untuk kegunaan PdP.  Sebanyak 18 video akan di hasilkan bagi tahun 2022 dan kesemua video ini akan di muatnaik kedalam saluran Youtube Channel PIS untuk tontonan orang ramai. 

Produksi video pdp ini telah bermula pada awal bulan Mei dan pengambaran dilakukan pada akhir bulan Mei. Video PdP semua dijangka siap pada awal bulan Ogos 2022






















































Thursday 26 May 2022

 BENGKEL PEMBANGUNAN APLIKASI AR- UNITY (AUGMENTED REALITY) DAN
ASAS PERMODELAN 3D MENGGUNAKAN PERISIAN BLENDER

16.05.2022 – 19.05.2022

Dalam usaha mencapai aspirasi yang tinggi dalam persekitaran persaingan global dan ledakan
revolusi industri 4.0, tidak terkecuali bidang pendidikan juga mengalami transformasi digitalisasi yang luas. Bagi menghasilkan modal insan dan pelajar yang berkemahiran digital dan celik IT/Multimedia, tidak dinafikan bahawa proses perlaksanaan proses transformasi pendidikan perlu digerakkan dan ditambahbaikan terhadap kurikulum / subjek program, kemudahan makmal dan juga keupayaan serta kompetensi kemahiran pensyarah atau pengajar itu sendiri. Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) abad 21 adalah merujuk kepada beberapa kompetensi teras, iaitu kolaboratif, celik digital, kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah. Dalam abd 21,banyak kemahiran yang perlu dikuasai oleh pengajar. Para pengajar atau pensyarah perlu beralihkepada beberapa aspek memandangkan proses pengajaran dan pembelajaran untuk abad 21 amatmencabar. Bagi merealisasikan matlamat berkenaan, kursus/bengkel upskilling perlu diberikankepada pensyarah, maka antara cadangan adalah bengkel AR (Augmented Reality) bagi memberipengetahuan secara teori dan praktikal.

Matlamat utama bengkel ini adalah untuk memberi pengetahuan dan kecekapan pensyarah dalam pembanggunan Aplikasi Augmented Reality dan Asas Permodelan 3D Menggunakan Perisian Blender dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Di samping itu, memperkayakan kemahiran digital di kalangan pensyarah Politeknik Ibrahim Sultan.




Wednesday 18 May 2022

 

BENGKEL GAMIIKASI DALAM PdP – APLIKASI METAVERSE

11 MEI 2022


Gamification adalah satu pendekatan pendidikan untuk memberi  motivasi kepada pelajar untuk belajar dengan menggunakan unsur permainan dalam pembelajaran. Matlamatnya adalah untuk memaksimumkan keseronokan dan penglibatan dengan menarik minat pelajar dan memberi inspirasi kepada mereka untuk terus belajar.

E pembelajaran, berdasarkan ICT moden, mewujudkan prasarana yang baik bagi pelaksanaan gamification dalam pengajaran dan pembelajaran. Konsep gamifikasi boleh diterapakan di dalam kelas bersama para pelajar menggunakan aplikasi atas talian. Terdapat pelbagai aplikasi di laman sesawang mengikut citarasa, keperluan serta tahap dan hampir kesemuanya boleh digunakan secara percuma dan pensyarah hanya perlu mendaftar sahaja

Melalui kursus ini, peserta akan didedahkan dengan intensiti kemairan asas.  Antara komponen yang  dilatih adalah:

  1. Mengenali platform untuk membangunkan gamifikasi
  2.  Menggunakan platform gamifikasi
  3. Membangunkan aplikasi gamifikasi