Thursday 26 May 2022

 BENGKEL PEMBANGUNAN APLIKASI AR- UNITY (AUGMENTED REALITY) DAN
ASAS PERMODELAN 3D MENGGUNAKAN PERISIAN BLENDER

16.05.2022 – 19.05.2022

Dalam usaha mencapai aspirasi yang tinggi dalam persekitaran persaingan global dan ledakan
revolusi industri 4.0, tidak terkecuali bidang pendidikan juga mengalami transformasi digitalisasi yang luas. Bagi menghasilkan modal insan dan pelajar yang berkemahiran digital dan celik IT/Multimedia, tidak dinafikan bahawa proses perlaksanaan proses transformasi pendidikan perlu digerakkan dan ditambahbaikan terhadap kurikulum / subjek program, kemudahan makmal dan juga keupayaan serta kompetensi kemahiran pensyarah atau pengajar itu sendiri. Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) abad 21 adalah merujuk kepada beberapa kompetensi teras, iaitu kolaboratif, celik digital, kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah. Dalam abd 21,banyak kemahiran yang perlu dikuasai oleh pengajar. Para pengajar atau pensyarah perlu beralihkepada beberapa aspek memandangkan proses pengajaran dan pembelajaran untuk abad 21 amatmencabar. Bagi merealisasikan matlamat berkenaan, kursus/bengkel upskilling perlu diberikankepada pensyarah, maka antara cadangan adalah bengkel AR (Augmented Reality) bagi memberipengetahuan secara teori dan praktikal.

Matlamat utama bengkel ini adalah untuk memberi pengetahuan dan kecekapan pensyarah dalam pembanggunan Aplikasi Augmented Reality dan Asas Permodelan 3D Menggunakan Perisian Blender dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Di samping itu, memperkayakan kemahiran digital di kalangan pensyarah Politeknik Ibrahim Sultan.




No comments:

Post a Comment