Wednesday 16 August 2017

Kursus Pembangunan Blog (Pembelajaran Reflektif)

Tarikh: 16.8.2017, Rabu
Tempat: Makmal E-learning, CDeC
 Oleh: Nor Akashah Binti Kassim
Kehadiran: Wakil dari setiap Jabatan (PIS)

Objektif:
Sesi Perkongsian Penggunaan salah satu teknologi web 2.0 iaitu blogspot sebagai medium perkongsian pembelajaran dalam TECC room.
Penggunaan teknologi berasaskan web dalam pendidikan mendorong kepada transformasi peranan pensyarah dan pelajar.
Selain daripada berperananan sebagai penyampai maklumat, pensyarah kini berperanan sebagai perancang strategi kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran TVET berasaskan web sebagai fasilitator. Manakala pelajar bukan sahaja menjadi penerima maklumat daripada pensyarah semata-mata tetapi pelajar kini boleh menjadi penyumbang aktif kepada pelbagai maklumat.
Berikut adalah peranan pelajar dalam menggunakan aplikasi web 2.0 dalam pendidikan :
         A) Pelajar Sebagai Penyumbang Kandungan
          Keupayaan untuk mencipta serta memanipulasi maklumat untuk memanipulasi maklumat yang dipaparkan, membekalkan maklumat tambahan dan seterusnya menyebarkannya kepada orang lain.               
B) Pelajar Sebagai Penyumbang Aktiviti Pembelajaran Dua Hala
     Menerusi web khususnya melalui  ruang forum, pelajar boleh melakukan aktiviti tambahan seperti perkongsian idea, bahan dan sebagainya.
C) Pelajar Sebagai Pengkritik
       Sebagai contoh kenyataan akhbar atau teks ucapan boleh dijadikan bahan kritikan. 
 Aktiviti ini menggalakkan pelajar kepada penerokaan ilmu yang berkaitan dengan bahan atau subjek yang hendak dikritik disamping bijak berhujah mengenai sesuatu isu.



No comments:

Post a Comment