Monday 24 July 2017

Kursus Web 2.0

Nama ; Kursus WEB 2.0
Tarikh :17 JULAI 2017
Tempat: e Learning Lab, CDeC
Tujuan
Kursus web 2.0 di laksanakan dengan tujuan untuk mendedahkan pensyarah kepada penggunaan elemen web 2.0 dan gamification dalam PnP. Ianya juga membantu pensyarah untuk mempelbagaikan aktiviti dalam CIDOS supaya penggunaan CIDOS menarik dan sesuai dengan pendekatan pembelajaran abad ke 21. Kursus ini selaras dengan penyediaan ruang TECC di Politeknik Ibrahim Sultan yang  menggalakan penggunaan web 2.0 dan gamification semasa sesi PnP.
Penceramah Kursus
Latar Belakang
Penggunaan teknologi berasaskan web dalam pendidikan mendorong kepada anjakan paradigma peranan guru dan pelajar. Selain daripada berperananan sebagai penyampai maklumat, guru kini berperanan sebagai perangcang strategi kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran berasaskan web sebagai fasilitator. Manakala pelajar bukan sahaja menjadi penerima maklumat daripada guru semata-mata tetapi pelajar kini boleh menjadi penyumbang aktif kepada pelbagai maklumat.
Ciri -ciri Web 2.0 boleh diintegrasikan dalam PnP melalui pelbagai aktiviti yang merangkumi penghasilan dokumen, membuat penyuntingan, penyebaran maklumat, penilaian, kritikan dan maklumbalas. Disamping itu, peranan pelajar sebagai penyelidik, penulis dan pemberi khidmat sokongan membantu dalam meningkatkan pencapaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Peranan pelajar dalam menggunakan aplikasi web 2.0 dalam pendidikan ialah sebagai penyumbang Kandungan, penyumbang dan pengkritik

Gamifikasi dan pembelajaran pula ialah berasaskan permainan (gamed-based learning) sering digunakan dalam proses pembelajaran pada abad ke-21. Kedua-duanya mempunyai pendekatan yang sama dalam menerapkan budaya inovasi dalam pengajaran yang mampu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih interaktif serta dapat meningkatkan kualiti pendidikan negara.

Senarai Kehadiran Peserta
Peserta kursus yang hadir adalah seramai tujuh belas orang pensyarah Politeknik Ibrahim Sultan dari setiap jabatan akademik. Mereka adalah pensyarah yang akan menggunakan ruang TECC bagi sesi Dis 2017. Pendedahan awal diberikan kepada mereka supaya peserta telah berpengalaman dan bersedia menggunakanya semasa PnP sesi depan di TECC.
BIL
NAMA PESERTA
JABATAN
1
Mohd Imran Bin Mat  Amin
JKM
2
Azman Bin Selamat
JKM
3
Nur Aziah Hamzah
JKM
4
Liyana Bt Norizan
JKM
5
Fazlina Bt Yunus
JKE
6
Nor Azlina Bt Jamil
JKE
7
Mardiah Morsin
JKE
8
Intan Rafidah Abdul Rahim
JKE
9
Norhidayah Md Saleh
JPA
10
Mohammad Hamdan Bin Abd Ghani
JPA
11
Adilah Hafizah Bt Abd Halim
JPA
12
Syarifah Hannan Bt Sayed Abd Rahman
JMSK
13
Suhana Bt Abd Aziz
JMSK
14
Norfazirah Bt Kusni
JPH
15
Ung Ea Na
JPH
16
Hanizam Biin Hussin
JRKV
17
Azlina Bt Ahmad
JRKV

No comments:

Post a Comment